Isnin, 4 Mei 2015

Budaya Membaca

Huraikan peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak.

Acap kali kita dengar, slogan Membaca Jambatan Ilmu sering menghiasi di dada-dada akhbar, Internet dan televisyen. Hal ini jelas menunjukkan bahawa budaya membaca dapat memberikan banyak manfaat kepada masyarakat. Sesungguhnya Ibu bapa berperanan penting untuk mencorakkan budaya membaca dalam diri anak-anak

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memupuk semangat membaca dalam kalangan anak-anak adalah dengan mengeluarkan modal dengan membeli bahan-bahan bacaan serta membawa anak-anak mereka ke kedai buku sekiranya ada kelapangan. Hal ini demikian kerana  remaja dapat memilih buku-buku yang hendak dibeli oleh mereka. Secara tidak langsung, hal ini dapat menambahkan minat membaca dalam diri mereka.

Pada masa yang sama, ibu bapa hendaklah menyediakan bilik khas untuk membaca di rumah seperti perpustakaan mini atau sudut bacaan yang mempunyai banyak buku di dalamnya. Dalam konteks ini, remaja dapat membaca dalam keadaan yang lebih kondusif, senyap dan harmoni. Dengan ini, remaja dapat mengisi masa terluang mereka dengan membaca bahan-bahan ilmiah di rumah mereka dan menjadikan rumah sebagai pusat atau gedung ilmu yang boleh mencanai minda yang sihat.

Umum mengetahui bahawa setiap tahun pihak kerajaan atau swasta akan mengadakan Karnival Buku yang merangkumi pameran buku atau jualan buku di mana-mana sahaja di negara kita dan kesempatan sebegini harus digunakan oleh ibu bapa untuk membawa seisi keluarga mengunjungi karnival tersebut. Dalam konteks ini, remaja akan didedahkan secara terus tentang buku-buku terkini yang ada di pasaran. Kaedah ini secara tidak langsung mewujudkan keadaan dua dalam satu iaitu sambil mengunjungi karnival buku bersama-sama, secara konotasinya dapat memantapkan hubungan kekeluargaan.

 Konklusinya, budaya membaca perlu dipupuk dalam kalangan remaja. Ibu bapa hendaklah menjadi agen penting dalam memupuk kesedaran ini kerana budaya membaca mampu mencetuskan idea yang bernas dan penuh dengan visi dan misi dalam kehidupan mereka.  Ibu bapa yang berjaya memupuk minat membaca dalam kalangan remaja secara langsung dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan impak yang negatif kepada mereka, bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Sabtu, 14 Mac 2015

Peranan Ahli Keluarga Dalam Mengekang Gejala Sosial (Ulasan)

Peranan Ahli Keluarga Dalam Mengekang Gejala Sosial
Kini, gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat di negara kita. Justeru, peranan keluarga amat signifikan untuk  mengekang sindrom sosial ini.Salah satu peranan institusi keluarga ialah ibu bapa perlu memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Didikan agama bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat.Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab  untuk memantau pergerakan anak-anak. Tamsilnya, ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah.Seterusnya, kasih sayang yang sempurna amat diperlukan oleh anak-anak.Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka.

                                                                                      95 patah perkataan

Merenang Gelora - Persoalan

Merenang Gelora: Persoalan- Tanggungjawab Terhadap Tugas
Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa yang dapat  menggambarkan persoalan di atas?

Contoh Jawapan:
            Novel yang saya kaji ialah ’Merenang Gelora’ karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan tanggungjawab terhadap tugas dalam novel ini.
            Peristiwa yang pertama ialah Badri bertanggungjawab terhadap tugasnya untuk membanteras salah laku disiplin pelajar di sekolahnya.
            Selain itu, peristiwa Siew Mei mencari Badri untuk meminta pertolongan Badri bagi menyiasat perbuatan Meng Kong bagi mengelakkan abangnya dibuang kerja oleh bapa Meng Kong.

            Akhir sekali, peristiwa Cikgu Jailani bertanggungjawab sebagai seorang guru disiplin untuk mendenda pelajar yang melanggar disiplin sekolah.

Rabu, 31 Disember 2014


Semoga tahun 2015 menjadikan kita semua lebih baik daripada sebelumnya.

Isnin, 15 September 2014

Karangan Ulasan - Kepentingan Muzik


Muzik amat digemari oleh manusia tanpa mengira usia. Antara kepentingan muzik kepada kita ialah muzik dapat menjadi sumber pendapatan kepada mereka yang mampu berkarya dalam dunia seni ini kerana setiap karya yang dihasilkan akan dibayar oleh mereka yang mengkomersialkannya. Selain itu, muzik juga dapat merangsang semangat patriotisme melalui lagu-lagu yang berlirikkan semangat cinta akan tanah air yang diperdengarkan kepada para pendengar.Akhir sekali, muzik juga dapat menghilangkan tekanan yang dialami di tempat kerja kerana melalui irama muzik yang tertentu dapat menenteramkan jiwa seseorang yang sedang bercelaru.


                                                                                                     85 patah perkataan